Kelas Perniagaan_Perbincangan menaiktaraf perniagaan

16 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2024, telah berlangsung mesyuarat online yang melibatkan peniaga vendor di kawasan Jementah untuk membuat perbincangan mengenai cara menaiktaraf perniagaan masing-masing. Beberapa orang telah hadir ke PEDi bertujuan untuk menggunakan wifi dan melakukan perbincangan tersebut secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meets.

Peniaga yang terlibat ramai menyuarakan pendapat masing-masing untuk kebaikan bersama. Setelah itu, mereka bersetuju untuk menyertai kelas Kursus Pengendalian Makanan yang akan diadakan secara atas talian menggunakan fasiliti di dalam PEDi.

Mereka juga berbincang mengenai kepentingan suntikan typhoid sekiranya anda seorang pengendali makanan harian. Ketua Puan Afrizah menggalakan semua peniaga mematuhi syarat-syarat untuk mengendalikan makanan. Program bermula jam 3 petang sehingga 4 petang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali